Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PROMOTER KAKI SEMBANG – TV.PPIM – 30/01/2020
31 Jan 2020

Promoter Kaki Sembang.

03 l HAK MENDAPATKAN MAKLUMAT

Beberapa perkara telah dikenalpasti yang perlu diteliti oleh seseorang pengguna ketika membeli sesuatu produk iaitu:
.
Tempat asal barangan/produk, nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal.
.
Tarikh luput atau expired date, tarikh pembuat/pengilang.

Nama sebutan sebenar barangan yang dijual.
.
Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik.
.
Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya dan batasannya.
.
Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan.
.
Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya.
.
Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
.
Maklumat seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu misalnya kanak-kanak.

#HakPengguna#HakMendapatMaklumat#JanganTertipu

Artikel oleh: TV.PPIM

PROMOTER KAKI SEMBANG

https://www.youtube.com/watch?v=46CerYVxcgk