Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PRU15: PLATFORM BANTU RAKYAT DAN NGO PILIH PEMIMPIN – KENYATAAN MEDIA PPIM – 08/11/2022
08 Nov 2022

KUALA LUMPUR, 8 November 2022 – Akibat kecelaruan situasi politik negara, rakyat telah hilang keyakinan akibat kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi mereka secara tuntas. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pertubuhan ini telah dijadikan sebagai tempat mengadu, merujuk dan mendapatkan pandangan serta nasihat mengenai calon pilihan mereka.

Menurut beliau lagi, PPIM yang telah wujud selama 25 tahun mempunyai pengalaman dalam pelbagai isu termasuk isu politik. Suasana politik kebelakangan ini membuatkan sukar bagi rakyat memilih calon yang benar-benar layak untuk mewakili dan mampu memperjuangkan hak mereka.

Sehubungan dengan itu, PPIM telah melancarkan pusat rujukan netizen dan rakyat secara online yang dinamakan sebagai ‘Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR)’ yang merupakan satu-satunya rujukan mereka yang memerlukan maklumat dan panduan. Aktivis GSR akan turun padang untuk menyebarkan maklumat yang adil, betul dan tepat.

Tambah Nadzim, melalui pusat ini juga akan membolehkan NGO membuat penapisan setiap wakil rakyat yang bertanding agar mereka dipastikan bebas dari kelakuan yang tidak bermoral dan terlibat dengan aktiviti yang tidak berakhlak baik.

Semua ahli-ahli Yang Berhormat dan bakal-bakal ahli Yang Berhormat dan ini termasuklah Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, malah Perdana Menteri serta Timbalannya sekali tidak akan terkecuali dari dinilai dan mereka tidak bebas dari sebarang teguran serta kritikan rakyat dari pelbagai lapisan.

Ini juga akan dijadikan sebuah platfom untuk mengemukakan cadangan calon yang layak dan terbaik untuk pengundi http://www.gsrpru15.com.

Pihak NGO mengharapkan agar rakyat membuka mata dan tidak membuat kesilapan lagi dalam pemilihan wakil rakyat akan datang.