16 April 2017 – Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) menghadiri sebuah program “Ijtimak 150 Cendekiawan Islam Malaysia bersama penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik di Rumah Alumni UM (letak kawasan).
Didalam perbincangan yang bertajuk “Menangani Islamophobia”, hampir puluhan cendekiawan Islam Malaysia yang hadir dan memberi pendapat mereka dalam isu ini.
Terdahulu, Dr Zakir Naik dituduh memberi sumbangan kepada pengganas-pengganas Islam dan menghasut umat islam untuk terbabit dalam keganasan. Manakala di Malaysia pula, terdapat 19 individu menyaman penceramah antarabangsa ini dan melabelkan bahawa penceramah ini sebagai sorang yang menggugat keselamatan negara.
Dr. Zakir Naik yang memegang jawatan sebagai presiden dan pengasas kepada Islamic Research Foundation (IRF). IRF adalah sebuat pusat dimana ia menjalankan penyelidikan kemajuan Islam, memberikan pendidikan Islam dan dakwah islam.
Dr Zakir naik banyak menghadiri program debat bersama dengan penganut agama yang berbeza. Didalam setiap bahasan , beliau banyak menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan ayat-ayat yang terdapat di dalam kitab agama lain untuk menunjukkan perbezaan dan persamaan sekaligus memperkukuhkan hujahnya.
Untuk mengatasi masalah pandangan serong terhadap Islam atau menganggap Islam adalah agama keganasan, umat Islam seharusnya menunjukkan cara hidup dan pegangan islam yang sebenar kepada dunia agar mereka memahami lebih berkenaan Islam.