Ini memandangkan tiada lagi keluhan dan rungutan mereka mengenai hal ehwal perbelanjaan seharian berhubung setiap barangan serta keperluan yang dibeli.
KUALA LUMPUR 1 Jun – Kadar sifar bagi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan bermula pada hari ini ternyata membawa khabar gembira kepada seluruh masyarakat di negara ini.
Ini memandangkan tiada lagi keluhan dan rungutan mereka mengenai hal ehwal perbelanjaan seharian berhubung setiap barangan serta keperluan yang dibeli.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pelaksanaan itu dianggap positif namun tidak bermakna semua pihak boleh berada dalam zon selesa dan hanya memikirkan soal barangan dijual pada harga berpatutan.
Katanya, perkara paling utama perlu dihadapi adalah soal bagaimana untuk memastikan kejujuran dalam urusan jual beli yang merangkumi pelbagai aspek terutama penetapan harga selain kualiti barangan yang dijual.
“Ia paling tidak merupakan satu perasaan yang seronok selepas melihat satu perubahan baharu. Namun, saya tidak tahu kalau kita khuatir perkara ini tidak terlaksana sebaik mana yang kita kehendaki.
“Oleh sebab itu, semua pihak perlu bekerjasama membuat sesuatu untuk mendapatkan (hasil) yang terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/rakyat-gembira-gst-pada-kadar-sifar-tetapi-1.683555#ixzz5HQxS2eMo
© Utusan Melayu (M) Bhd