Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
RAMAI IBU BAPA TERTEKAN PERANTI PdPR DIJUAL LEBIH MAHAL – SINAR HARIAN – 08/02/2021
08 Feb 2021

SHAH ALAM – Ramai ibu bapa tertekan dengan fenomena kenaikan harga peranti elektronik bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang melambung tinggi di pasaran sejak lebih sebulan lalu.

Lebih mengejutkan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan ramai ibu bapa yang masih menunggu kehadiran stok baharu gajet susulan stok bekalan sudah habis dan sukar didapati di pasaran.

Menurutnya, PPIM turut mengenal pasti peranti PdPR yang terhad di pasaran bukan sahaja melibatkan item baharu berspesifikasi rendah yang harganya lebih murah, bahkan turut membabitkan gajet terpakai yang kini ibarat ‘barang panas’.

“PPIM menerima banyak aduan ibu bapa yang mengeluh harga peranti PdPR di pasaran sudah melambung lebih 30 peratus daripada harga asal, iaitu sejak pelan PdPR diumumkan Kementerian Pendidikan bulan lalu.

“Peningkatan harga yang agak tinggi itu bukan sahaja melibatkan item baharu, bahkan turut melibatkan peranti terpakai.

“Bila kita tanya peniaga dan pembekal, mereka akui stok bekalan semakin terhad kerana permintaan luar biasa selain kadar pengeluarannya dari kilang yang merosot teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan,” katanya.

Bagaimanapun, Nadzim menolak sebarang kemungkinan barangan peranti PdPR itu disorokkan peniaga dan pembekal bagi tujuan mengaut keuntungan berganda.

Hal ini kerana beliau yakin cabaran berniaga dalam tempoh pandemik Covid-19 menyebabkan golongan pembekal dan peniaga peranti elektronik mahu memaksimumkan jumlah jualan mereka dengan kadar segera.

Namun katanya, kenaikan harga itu sudah tentu akan menyusahkan ibu bapa khusuanya golongan B40.

Artikel oleh: Sinar Harian

RAMAI IBU BAPA TERTEKAN PERANTI PdPR DIJUAL LEBIH MAHAL

https://www.sinarharian.com.my/article/122859/LAPORAN-KHAS/Ramai-ibu-bapa-tertekan-peranti-PdPR-dijual-lebih-mahal