Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
RAMAI MASIH KELIRU KELONGGARAN SOP – HARIAN METRO – 29/08/2021
30 Aug 2021

Kuala Lumpur: Masih ramai keliru dengan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sektor ekonomi dan sosial yang sudah diberikan kerajaan, baru-baru ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan terutama daripada golongan warga emas dan penduduk luar bandar.

Menurutnya, tiada penerangan jelas kepada pengusaha premis perniagaan dan orang ramai menyebabkan berlaku kekeliruan.

“Antara aduan diterima adalah kekeliruan dari segi SOP mengikut fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kemudahan kepada individu lengkap vaksinasi.

“Sebagai contoh mengenai kebenaran solat berjemaah di surau dan masjid. Ada pengadu mendakwa tidak dibenarkan masuk kerana belum divaksinasi sedangkan doktor menasihatinya supaya tidak mengambil suntikan vaksin atas faktor kesihatan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, lebih merumitkan keadaan apabila pihak berkuasa yang melaksanakan tugas juga tidak memberikan penjelasan tepat.

Katanya, setakat ini pihaknya mendapati tiada saluran khusus disediakan untuk memudahkan orang ramai menyalurkan pertanyaan atau membuat aduan.

Justeru, beliau meminta kerajaan menyediakan perkhidmatan ‘One Stop Centre’ untuk membolehkan aduan dibuat bagi mendapat respons dengan cepat.

Berkuat kuasa 21 Ogos lalu, beberapa kemudahan dan kelonggaran SOP bagi penerima vaksin lengkap diumumkan oleh kerajaan.

Antaranya adalah kemudahan makan di premis (dine-in), aktiviti rekreasi dan kapasiti kenderaan.

Artikel oleh: Harian Metro

RAMAI MASIH KELIRU KELONGGARAN SOP

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/748434/ramai-masih-keliru-kelonggaran-sop