Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Rancangan Wanita Hari Ini (WHI) : Ambil Tahu Hak Anda – Tv3 – 21/03/2017
21 Mar 2017

21/03/2017 : Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) dan Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, Mohd Bakri Ibrahim diundang untuk menjadi panel wawancara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) membincangkan tajuk
“Ambil Tahu Hak Anda” secara siaran lansung di Tv3.

Terdapat pelbagai cara penipuan yang dilakukan oleh segelintir peniaga. Oleh itu, Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, Mohd Bakri Ibrahim memberi penjelasan ringkas berkenaan 8 hak asasi pengguna iaitu :

• Hak mendapat keperluan asas.
• Hak mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat.
• Hak mendapatkan maklumat.
• Hak membuat pilihan
 Hak untuk menyuarakan pendapat.
• Hak mendapat ganti rugi.
• Hak mendapat pendidikan pengguna.
• Hak hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat.

Jika pengguna memahami setiap hak yang termaktub, maka pengguna akan selamat. Itulah penjelasan yang diberikan untuk pengguna oleh beliau.

Satu situasi dikemukan dimana banyak kes penipuan diatas talian. “Segelintir peniaga akan cuba apa saja untuk menjual produk mereka. Kami menasihati agar pengguna memilih dan berurusan dengan syarikat yang sudah mempunyai pengalaman dan reputasi yang baik” jelas Toqqi. Ini adalah untuk mengelak dari ditipu oleh segelintir peniaga yang tidak beretika dan jika terdapat aduan yang ingin dikemukakan, mudah bagi pihak KPDNKK untuk mengambil tindakan.

“Setiap syarikat yang menjalankan perniagaan di Malaysia hendaklah mendaftar terlebih dahulu” kata Mohd Bakri menjelaskan bahawa syarikat yang berada di luar Malaysia, KPDNKK tidak dapat mengambil tindakan keatas mereka dan sama juga bagi peniaga Malaysia yang tidak berdaftar. Agak sukar untuk KPDNKK mengesan mereka bagi mengambil tindakan selanjutnya.

Ketua Aktivis PPIM mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan agar pengguna tidak mengambil perkara ini secara mudah kerana kesan dikemudian hari akan mungkin akan dirasai oleh pengguna itu sendiri.

WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.08.40 PM WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.08.42 PM WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.11.57 PM WhatsApp Image 2017-03-21 at 12.19.14 PM