Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
813) RENCANA DARI FREE MALAYSIA TODAY 5/7/13-Rakyat kita mudah tertipu
10 Jul 2013

Oleh : Muda Mohd. Noor

Kesedaran pengguna
hanya 10 peratus dan sikap sambil lewa termasuk tidak membaca perjanjian dan
sebagainya akhir memerangkap mereka. – 
PETALING JAYA:  Rakyat Malaysia mudah terperangkap, tertipu
dan terpedaya sehingga membawa kerugian wang ringgit dan harta benda akibat
memandang mudah hak-hak mereka sebagai pengguna. Kesedaran pengguna hanya 10
peratus, dan sikap sambil lewa termasuk tidak membaca perjanjian dan sebagainya
akhir memerangkap mereka, dedah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Persatuan itu turut mendedahkan rakyat berdepan dengan pelbagai penipuan baik
dari syarikat atau individu pemberi pinjaman, bank, bengkel kereta, syarikat
komunikasi dan pemaju perumahan. Antara yang paling ketara ialah pinjaman
syarikat atau individu pemberi pinjaman wang atau lebih dikenali dengan
panggilan along, …”akhirnya mereka terpaksa menghabiskan wang  untuk membayar hutang kepada peminjam  itu. 
Sekali berhutang, mereka sangat sukar untuk terlepas dari perangkap
along, kata Setiausaha Agung PPIM, Datuk Nadzim Johan. Angka mereka yang
mempunyai masalah dengan along menggerunkan, katanya. “Kami telah berjaya
membantu menyelesaikan 7, 000 kes, tetapi kami terima banyak lagi aduan,” kata
beliau. 

`30 tahun bayar hutang’ 

Nadzim menambah, peniaga kecil selalu menjadi
sasaran dan meramalkan semakin berleluasa pada musim perayaan di mana orang
memerlukan lebih banyak wang ringgit. Beliau menerangkan, meskipun peminjam
telah membayar semua hutang, peminjam akan ditawarkan untuk membuat pinjaman
lain. Katanya,  dalam sesetengah kes,
syarikat pemberi wang akan memasukkan wang ke dalam akaun tanpa pengetahuan
peminjam. Meski menolak, pekerja syarikat berkenaan memaksa supaya menerima
wang tersebut, yang akhirnya terpaksa membayar semula dengan jumlah yang lebih
banyak dari pinjaman. “Kes lain pula, seorang individu  yang meminjam RM7, 000 tetapi 30 tahun
membayar belum habis lagi,” tambahnya. Nadzim juga mendakwa penipuan turut
berlaku di kalangan pengusaha bengkel membaiki kereta dengan menukar peralatan
tanpa pengetahuan pemilik. Manakala penipuan menurut aduan yang diterima persatuan
pengguna tersebut, turut berlaku dalam sektor-sektor lain seperti perhidmatan
dan sebagainya. –


Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/05/rakyat-kita-mudah-tertipu/#sthash.u3FHlC9x.dpuf