Muflis bermaksud tindakan perundangan yang diambil oleh individu atau sesebuah syarikat selepas mendapat perintah mahkamah terhadap penghutang akibat kegagalan membayar hutang. Muflis atau kebankrapan menyebabkan kesemua harta yang dimiliki penghutang dipindah kuasa ataupun pemilikan kepada Jabatan Insolvensi.
Terdapat dua cara pengistiharan muflis, sama ada memohon sendiri atau pemohonan dari pihak pemberi hutang.
Sering kita mendengar di alaf kini, muflis bukan sahaja berlaku pada mereka yang mempunyai peniagaan besar meskipun hartawan terkenal, malah kebankrapan ini boleh berlaku di usia muda seawal zaman universiti lagi. Malahan, semakin banyak seseorang itu berhutang, semakin besar risiko untuk mereka bergelar muflis. Jangan ingin nampak hebat dengan berhutang, kelak binasalah badan.
Klinik Bebas Muflis PPIM ditubuhkan sempena ulang tahun PPIM yang ke 20 dengan kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membantu individu yang mempunyai status bankrupsi dengan cara memberi kaunseling dan mempercepatkan lagi proses pembebasan kepada mereka yang menjadi mangsa.