KUALA LUMPUR : Susulan kejayaan Projek Makanan Oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kebun Bandar LA21 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dijalankan oleh penduduk Projek Perumahan Penduduk (PPR), PPIM sekali lagi melaksanakan sebuah projek pembiakan cendawan.
PPIM melancarkan Rumah Cendawan ini untuk membantu meringankan isu keselamatan makanan selain memberi cara untuk menjana pendapatan Penduduk.