Sebut sahaja nama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau nama popular panggilan Toqqi, pastinya ramai rakyat Malaysia akan menyatakan mereka mengenali beliau.
Ini kerana peranan beliau dan persatuan tersebut yang telah banyak membantu orang ramai terutama mereka yang menjadi mangsa sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long serta pelbagai lagi masalah berkaitan kepenggunaan.
Kelantangannya membuatkan ramai pihak yang cuba mendekatinya termasuk berusaha untuk menyogok beliau dengan pelbagai ganjaran lumayan.
Malam ini kami menjemput Toqqi untuk berkongsi kisah perjuangan beliau di Facebook X’klusif Bersama Syahril dan Youtube channel Tanah Berdaulat TV tepat pukul 9 malam nanti.
Terbaik, hanya untuk anda!
Sumber: Tanah Berdaulat TV
“SAYA DIDATANGI KARTEL, SINDIKET YANG NAK SOGOK WANG DAN KERETA MEWAH!”