PPIM menerima satu rakaman suara seorang wanita menceritakan pengalamannya berhadapan dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman. Rakaman berdurasi 2 minit 35 saat ini mendapat perhatian PPIM bagi menyebarkan kesedaran kepada orang awam terhadap jenayah scammer yang semakin berleluasa pada masa kini.
“Orang awam disarankan agar bersikap tenang dahulu sekiranya berhadapan dengan situasi seperti ini dan menghubungi rakan yang boleh dipercayai untuk mendapatkan pandangan lain atau mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi atau Nadzim Johan.
PPIM menggesa kerajaan mengadakan nombor talian hotline pertanyaan awam agar membolehkan rakyat Malaysia membuat panggilan bertanyakan mengenai masalah yang mereka hadapi. Hal ini secara tidak langsung kerajaan mendapat infomasi daripada rakyat.