Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SEBANYAK 20 ADUAN TIPU PAKEJ UMRAH SETIAP TAHUN – KOSMO – 18/12/17
19 Dec 2017

Kosmo ( 20 aduan tipu pakej umrah ) 18.12.17

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih kurang 20 aduan setiap tahun berhubung penipuan pakej umrah yang melibatkan kerugian lebih RM1 juta sejak 10 tahun lalu. Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, setiap kes penipuan tersebut melibatkan lebih kurang 60 hingga 100 orang mangsa dan harus dibanteras sepenuhnya agar tidak menganiaya mereka yang ingin menunaikan ibadah di tanah Suci Mekah, Arab Saudi.

“Setiap tahun PPIM menerima hampir 20 kes penipuan umrah yang melibatkan puluhan hingga ratusan mangsa bagi Setiap kes. Bukan sahaja umrah, penipuan haji juga ada.

“Setiap tahun juga kita dapati ramai yang menangis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak dapat menunaikan ibadah umrah atau haji” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini semalam.

Tambahnya, satu majlis khas harus ditubuhkan bagi menguruskan pengusaha-pengusaha umrah yang boleh memantau dan mengawal selia seperti Tabung Haji.

“Perlu diwujudkan Tabung Umrah yang fungsinya sama seperti Tabung Haji. Apa yang penting ia adalah bertujuan menambah baik dan bukannya untuk mengutip keuntungan daripada jemaah umrah,” katanya.

Sementara itu di Alor Setar, Pemuda UMNO Kedah menyanjung tinggi keputusan untuk membatalkan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams).

Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pembatalan sistem itu wajar kerana ia dilihat membebankan rakyat.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kelmarin yang membatalkan serta-merta penguatkuasaan sistem itu.

Artikel Oleh : KOSMO