Secara amnya, jumlah kemalangan pada musim perayaan terus meningkat dari tahun ke tahun meskipun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan untuk pengguna jalanraya.
Faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang tidak berhati-hati dan tidak mematuhi peraturan jalan raya walaupun undang-undang telah ditetapkan.
Hal ini lebih mengecewakan apabila hampir semua pengguna jalan raya pada masa kini mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan keselamatan orang lain.
Bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi membincangkan tajuk “Kemalangan Bermusim” di Rancangan Selamat Pagi Malaysia @ TV1 dalam segmen Kopi Panas