DATUK Nadzim Johan bersama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi ditemui pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini. UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 17 Jan.- Penyelarasan kempen dengan baik dan bijaksana perlu bagi mendidik pengguna menggunakan alternatif lain tanpa menggunakan beg plastik.
Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata penggunaan plastik kini menjadi bertambah kritikal.
“Pengguna merasa tertekan kerana hanya mempunyai dua tangan untuk membawa barangan yang dibeli.
“PPIM telah menerima banyak aduan dari para pengguna yang kesal atas perlaksanaan yang menyusahkan pengguna,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Nadzim menambah, hasrat dan niat program tanpa plastik adalah baik namun perlu dirancang dan dilaksana dengan tersusun.
Turut sama dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi. – UTUSAN ONLINE