SESUAI dengan bulan Ramadan yang penuh berkat, Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) mengadakan program Semai Kasih Berkongsi Bahagia di dua maahad tahfiz di Batang Kali dan Sekinchan, hari ini.Ia bertujuan membantu mereka menjalani ibadah puasa dengan lebih baik selain meringankan beban pelajar yang menanggung kos pengajian.
Ketua Operasi Biro Ekonomi AMIM KS Nazri berkata, Maahad Tahfiz Ehsaniyyah di Pasir Panjang Sekinchan dan Madrasah Jannatul Ulum Batang Kali dijadikan lokasi program kesukarelawanan anak muda.
“Kita dimaklumkan pelajar di sini ada yang kurang berkemampuan, jadi kita bantu serba sedikit. Kita juga ingin memberi inspirasi kepada peserta untuk terus membantu mereka yang memerlukan.
“Selain itu, kita juga mengambil kesempatan melatih ahli AMIM dan NGO gabungan supaya sentiasa bersedia untuk membabitkan diri dengan aktiviti sukarelawan seperti ini. Kita akan teruskan lagi pada masa depan,” katanya kepada Harian Metro.
http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/237649/semai-kasih-ramadan