Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengumpamakan permulaan 2017 sebgai pesta kenaikan harga sehingga menimbulkan keresahan rakyat.
Beliau menggesa supaya caj baharu ditangguhkan selain mencadangkan kepada Kerajaan mewujudkan Majlis Pengawasan Harga ekoran bimbang dengan pelbagai kenaikan harga selepas ini.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris pula mahu golongan miskin dan berpendapatan rendah mendapat pengecualian caj baharu ini.