Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SERANGAN BIADAP ZIONIS ISRAEL TERHADAP PARA JEMAAH MASJID AL-AQSA PADA BULAN RAMADAN – SIDANG MEDIA PPIM – 11/05/2021
11 May 2021

Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis pada Jumaat lalu. 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengutuk sekeras-kerasnya kebiadapan serta perbuatan zalim Zionis Israel yang tidak pernah menghormati hak kesejahteraan rakyat Palestin dalam segenap aspek kedaulatan yang seharusnya menjadi milik mereka sejak 1948 lagi. Kebiadapan Zionis Israel jelas menghilangkan kedamaian dan kedaulatan bumi Palestin sehingga kini. 

Para ulama dan penguasa dunia tidak seharusnya menyinsing lengan hanya kerana bimbang terkena percikan darah rakyat Palestin, sedangkan sesetengahnya hanya tahu hidup bermewah, hanya menjual peraturan dunia dan fatwa. 

PPIM akan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam mencapai kebebasan mutlak demi membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat daripada penjajahan haram Israel.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan hari ini bertempat di Pusat Aktiviti PPIM, Kuala Lumpur.