19 Mei 2017- Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) telah mengadakan satu Sesi Bersama Ahli Business VIP AMIM “Business Talk Santai-Santai” di Myfoodlof, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Didalam sesi “Business Talk Santai-Santai” ini membincangkan mengenai perlesenan dan Food Truck yang ditawarkan oleh AMIM. Selain itu, penerangan berkenaan dengan Central Kitchen juga diberikan kepada ahli-ahli Business VIP AMIM.
Ketua Sekretariat AMIM, Yusuf Azmi turut hadir dalam sesi ini bagi mendengar sendiri aduan, laporan dan cadangan untuk menambahbaik program yang telah disediakan. Ini menunjukkan bahawa Yusuf Azmi memandang serius dalam perkara ini dan merancang perjalanan aktiviti perniagaan, program untuk Ahli Business VIP AMIM.
Dalam majlis ini juga, Timbalan Pengurusi AMIM, Ustaz Abdul Halim juga memberi nasihat kepada ahli supaya menginfaqkan sedikit harta atau keuntungan yang diperolehi dari perniagaan yang dijalankan. “Sebagai contoh Syaidina Uthman gemar menginfaqkan hartanya. Dengan menginfaqkan sebahagian harta, Allah SWT akan menambahkan rezeki seseorang itu” katanya dalam sesi terbabit.
Sesi ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli dan AMIM supaya kedua-dua pihak bergerak seiring.