Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SESI PODCAST | KES AUTISME BERTAMBAH KRONIK – SEMUA KENA BERTINDAK – PPIM – 26/11/2025
26 Nov 2025

Keadaan dalam Bahaya, Kerana Peningkatan Kes Autisme di Malaysia.

Telah berlangsung, sesi podcast PPIM yang bertajuk “Kes Autisme Bertambah Kronik – Semua Kena Bertindak”.

Malaysia menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan kanak-kanak yang dikenal pasti berada dalam spektrum autisme. Dimana Salah kita??? Apakah Puncanya? Kenapa statistik kes mendadak naik? Apa yang perlu dilakukan?

Fenomena ini bukan sahaja memberi cabaran kepada keluarga, malah sistem pendidikan, kesihatan dan masyarakat secara keseluruhan

Autisme Spectrum Disorder (ASD) ialah gangguan perkembangan neurologi yang menjejaskan cara seseorang berkomunikasi, berinteraksi dan memproses maklumat.

Tanpa sokongan awal, remaja dan dewasa autistik mungkin menghadapi kesukaran untuk berdikari, bekerja atau bersosial.

Peningkatan kes autisme di Malaysia adalah sesuatu yang perlu ditangani dengan segera, ia menuntut perhatian serius. Dengan kesedaran yang lebih tinggi, intervensi awal, dasar kerajaan yang kukuh, dan sokongan komuniti, kanak-kanak autistik berpotensi untuk membesar sebagai individu berdikari dan berjaya.