SESI TAKLIMAT KESEDARAN “ANCAMAN AHLONG KEPADA NEGARA” DI KWSP
22/2/2017 – PPIM telah mengadakan taklimat kepada warga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur bertajuk Ancaman Ahlong Kepada Negara.
Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan & Ketua Jabatan Modal Insan, En Khalid Haron sebagai memberi sokongan terhadap majlis ini.
Taklimat yang dikelolakan oleh Cikgu Izham Nayan, Pengarah Latihan PPIM menarik penyertaan sekitar 150 orang pada pagi tadi.
Topik yang disampaikan pada program tersebut adalah berkaitan isu-isu kepenggunaan seperti Hutang VS Ahlong dan Pemerkasaan Pengguna: Bijak Berbelanja.