Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA – KACA TV – 01/010/2022
03 Oct 2022

#KACATV

Banjir merupakan bencana alam yang boleh mengancam kehidupan dan ekonomi negara. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan tibanya musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal.

#BERITA

Kuala Lumpur 27 September 2022 (Selasa) bulan kesiapsiagaan bencana banjir pada Oktober 2022 perlu diteruskan untuk tahun-tahun yang seterusnya sebagai langkah persediaan awal untuk hadapi bencana alam ini.

 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan awal kepada rakyat serta turut membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam menghadai situasi bencana alam banjir ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat perlu diberi latihan simulasi ketika berdepan dengan bencana banjir dan diberi pendedahan awal terhadap kepentingan menyimpan barang-barang penting sebelum banjir berlaku.

 Menurut YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Bulan kesiapsiagaan hadapi bencana banjir ini bukan sahaja melibatkan segala persediaan dalam kalangan NGO atau agensiagensi pertolongan yang lain, malahan rakyat juga memainkan peranan penting untuk mempersiapkan diri dan keluarga.

 Selain itu, pihak kerajaan juga perlu lebih jelas terhadap kepentingan semasa, antaranya dengan penangguhan Pilihan Raya Umum (PRU) ke15 dengan membantu rakyat dan memberi pampasan awal kepada mereka yang terjejas dengan banjir.

 Dalam pada itu, beliau turut berpendapat aktiviti penyelenggaraan di kawasan longkanglokang yang tersumbat perlu dilakulan dengan kadar segera.

 “Bukan payung yang perlu disediakan sebelum hujan, tapi cangkul untuk menyelenggara kawasan-kawasan ini”, YB Tuan Ahmad Fahmi.

Tambah Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM, pihak kerajaan juga perlu mempunyai satu senarai semak berkenaan makanan dan bantuan-bantuan khas. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pihak kerajaan memantau segala keperluan yang diperlukan oleh rakyat terutamanya ketika berdepan dengan situasi bencana banjir.

 “Setelah kita lihat pada tahun lepas, masih ramai pihak-pihak kementerian yang memilih untuk bercuti berbanding dengan turun padang bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan. Oleh itu Perdana Menteri perlu meneliti semula perkara ini,” Datuk Nadzim Johan.

 Selain daripada rakyat perlu bersedia dan cakna dengan lebih awal untuk menyimpan segala dokumen dokumen penting, pihak kerajaan juga perlu bersedia lebih awal dengan mempersiapkan sumber makanan (ready to eat) yang bakal memudahkan serta membantu mereka yang terlibat.

Artikel oleh: Kaca TV

SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA

https://www.youtube.com/watch?v=QktKZn9QOoQ