Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIDANG MEDIA – KEMELUT ISU BERUS BULU BABI – 15/2/2017
15 Feb 2017

KEMELUT ISU BERUS BULU BABI

IMG_9522KEMELUT ISU BERUS BULU BABI

Kemelut isu penjualan dan label bulu babi telah berlanjutan lebih dua minggu dan terkini masih berlarutan sehingga menjadi isu politik dan menghampiri perkauman. Ini merupakan perkembangan tidak sihat dan amat tidak diperlukan di negara kita yang berbilang kaum kerana boleh menjejas persefahaman keharmonian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin telah mengatakan bahawa tiada lagi rampasan terhadap berus yang diperbuat dari bulu binatang.

“Macam-macam suara-suara dibelakang sana yang mengaitkan politik agama dan perkauman” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato’ Nadzim Johan.

Ini berikutan dari sesetengah pihak media yang menulis tidak mengikut fakta dan mengaitkan isu agama. Ini adalah satu tindakan yang boleh memberi impak yang negatif kepada masyarakat.

“Bagaimana beberapa media memainkan isu ini dari perspektif agama dan mengakibatkan sentimen-sentimen yang tidak sihat” kata Aktivis PPIM Sheikh Abdul Kareem B. Said Khadaied.

PPIM juga berharap agar sebelum membuat kenyataan pihak tersebut perlu bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, PPIM meminta agar semua pihak mengambil langkah kearah kebaikan dengan melabelkan setiap produk yang diperbuat dari unsur binatang terutamanya dari babi atau anjing.

IMG_9410 IMG_9431 IMG_9447 IMG_9465 IMG_9477