Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini melancarkan Kempen Beli Produk Muslim.
Kempen berterusan itu bertujuan untuk menggalakkan ekonomi Muslim selain mengetengahkan produk dan perkhidmatan muslim di Malaysia.
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata kempen ini juga merupakan satu platform yang menggabungkan usahawan, peniaga dan pengguna bagi memanfaatkan semua pihak.
“Usaha ini dilihat mampu menanam semangat saling bantu membantu dalam ekonomi kepada umat Islam dan ia bakal memperkenalkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan keluaran/milik usahawan Muslim,” katanya ketika perasmian kempen itu di Menara Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Nadzim Kempen ini juga akan menggalakkan orang Islam membayar Zakat Perniagaan yang merupakan tanggungjawab usahawan muslim.
” Kita mempromosikan konsep membeli sambil beramal untuk mendapatkan keberkatan,” katanya.
Kempen yang dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Hashim Bin Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan turut dihadiri oleh Tuan Haji Aminuddin Yahya (Pengerusi UMMAH).
PPIM akan memperkenalkan satu aplikasi mobil bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan membeli produk usahawan muslim.
Untuk fasa pertama aplikasi itu yang dijangka akan dilancarkan selewat-lewatnya sekitar bulan syawal 2019 bakal mendapat sambutan lebih 2 juta pengguna Islam.
Semua usahawan muslim dinegara ini dijemput mendaftarkan perniagaan dan produk mereka dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad yang bekerjasama dengan PPIM bagi kempen tersebut.
Kempen tersebut bakal dilancarkan disemua negeri bermula Jun tahun ini. Kepada yang berminat boleh menghubungi hotline KoPPIM +601113183020.
Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60192199052. Terima Kasih. [TAMAT]