Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIDANG MEDIA :KERETA DIBELI DIRAMPAS KASTAM, PENJUAL PENIPU SENYUM BEBAS – PPIM – 27/9/2017
27 Sep 2017

Penipuan yang melibatkan ramai pembeli kereta teraniaya dan ditipu oleh sindiket yang menjual kereta tanpa membayar cukai menggunakan dokumen palsu telah semakin menjadi-jadi.

Ramai mangsa yang mengadu bahawa mereka ditipu oleh syarikat penjual kereta walaupun proses pindah milik telah diluluskan melalui Puspakom dan pendaftaran biasa.

Mengulas kenyatan ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, berkata pihaknya telah menerima lebih kurang 30 aduan berhubung isu ini.

Menurutnya, pengadu terbabit membeli sebuah kereta berjenama Toyata Camry terpakai. Namun, setelah 3 tahun kenderaan tersebut disita oleh pihak Kastam dengan alasan tidak membayar cukai kenderaan.

“Tidak masuk akal sekali sudah 3 tahun pakai tiba-tiba hendak sita sebab tidak membayar cukai,”katanya kepada pihak media.

WhatsApp Image 2017-09-27 at 18.11.54

Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato Hishamuddin’ Hashim mendakwa bahawa kes ini merupakan kes yang tidak munasabah.

“Pengadu beli kereta dengan harga pasaran, loan dari bank lulus, pemeriksaan Puspakom dan JPJ lulus tiba-tiba kereta ditarik sebab tak bayar cukai?”beliau mempersoalkannya.

“Ini langsung tidak masuk akal dan tidak beperikemanusiaan” jelasnya lagi.

Turut hadir bersama di dalam sidang media terbabit iaitu mangsa penipuan, En Anuar Ahmad, yang mendakwa bahawa beliau terpaksa membayar sebanyak RM 46 ribu akibat dari tunggakan cukai.

WhatsApp Image 2017-09-27 at 18.11.55

“Saya telah membuat 3 laporan kepada pihak polis tetapi tiada apa-apa tindakan dilakukan”

“Masa hari kejadian pegawai Kastam datang menyita kenderaan saya dan memberitahu saya ia adalah arahan dari Kastam dan JPJ wilayah,”katanya

Di akhir sidang media terbabit, Toqqi menyeru supaya pihak Kastam membuat sesuatu mengenai pemasalahan ini.

“Kita minta Timbalan Ketua Pengarah Kastam,Dato’ Zulkifli, Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Sri Subromaniam Tholasy, Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani untuk memantau dan membantu,” ulasnya lagi.

WhatsApp Image 2017-09-27 at 15.43.36