Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan beserta bukti daripada sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan projek perumahan Generasi Kedua di bawah seliaan FGV. Pelbagai isu salah urus dan salah guna kuasa telah berkali-kali dilaporkan namun tidak diendahkan oleh pengurusan tertinggi Felda.
Malahan, isu ini juga turut dibawa ke Parlimen oleh YB (Kapar) baru-baru ini. Oleh itu, satu sidang media diadakan bagi mendedahkan beberapa lagi bukti kelemahan dan tadbir urus yang boleh menjurus kepada kerugian jutaan ringgit tersebut.