Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sangat berbangga dengan dua pelajar dari Kolej Sains Mara Seremban didapati mempunyai semangat Patriotisme yang kuat. Mereka juga penerima anugerah Patriot kerana penglibatan mereka mencipta slogan patriotik YPNM yang terbaik.
Dengan semangat patriotik yang terkandung dalam jiwa, mereka telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab bagi meneruskan usaha pengisian pembinaan Negara dari sekarang sehingga mereka balik untuk berkhidmat untuk Negara. Usaha ini selaras dengan matlamat menjadikan Gen Y sebagai PATRIOT Negara yang bertanggungjawab yang merupakan antara pengisian program Bulan Kemerdekaan.
Program seperti ini dijangka dapat membantu usaha memupuk semangat patriotisme serta menjadi contoh kepada generasi muda Negara ini. Kedua pelajar ini akan ke Amerika Syarikat dan ke United Kingdom diharap akan menjadi misi baru kepada perjuangan memupuk semangat patriotism dikalangan rakyat kepada Negara