Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Sidang Media Pemaju Kaya, Penduduk Sengsara – PPIM -21042017
21 Apr 2017

21 April 2017 – Sidang Media Pemaju Kaya, Penduduk Sengsara – PPIM – Pemaju yang tidak menitik berat keselamatan penduduk. Itu ibarat yang sesuai untuk pemaju perumahan terhadap penduduk Kampung Sungai Serai, Selangor.

Didalam sidang media berkenaan isu banjir yang dialami oleh penduduk Sungai Serai, penduduk kampung merasakan kampung mereka tidak selamat untuk didiami lagi ekoran 2 insiden bajir teruk yang terjadi baru-baru ini. Mereka khuatir banjir teruk bakal berulang lagi.

Pada 16 April 2017 jam 5 petang, buat kali pertama penduduk kampung dilanda banjir lumpur yang teruk mengakibatkan 16 rumah terjejas. Kejadian kedua terjadi pada 18 April jam 10 pagi. Banjir kali kedua adalah banjir yang paling teruk kerana hampir 39 buah rumah ditenggelami banjir. Penduduk Kampung terpaksa meminta bantuan pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia untuk membantu dalam menyelamatkan dan memindahkan penduduk kerana jambatan kampung telah runtuh. 52 keluarga mangsa banjir kini ditempatkan di Dewan Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (DJKKK) Sungai Kerai. Sehingga kini, kebanyakan pelajar-pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan kerana peralatan sekolah hanyut dibawa arus banjir yang deras.

Haji Suhairi Najir mengatakan bahawa selama beliau menetap di kampung tersebut, tidak pernah berlakunya banjir seperti ini walaupun hujan lebat melanda. Perkara ini terjadi apabila pemaju syarikat Gamuda Lands menjalankan projek penebangan pokok di tanah tinggi berhampiran menyebabkan air lumpur melimpahi kawasan kampung.

“Kami meminta ganti rugi dari pihak berkenaan” kata Haji Suhairi yang mewakili penduduk kampung. Anggaran jumlah kerosakan adalah RM 2 juta. Selain itu, pihak kampung ingin membawa perkara ini ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Beliau juga telah menghubungi pihak Gamuda Lands berkenaan isu ini namun mereka tidak mengendahkan rungutan penduduk berkenaan. Malah pihak Gamuda Lands tidak membantu dalam isu ini seperti memberi makanan kepada mangsa.

“Sepatutnya sebarang pembangunan perlu ada penilaian kajian impak terlebih dahulu” kata Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi). Ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan projek kepada persekitaran terutamanya dikawasan yang berpenduduk. Selain itu, Toqqi meminta Meteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali untuk melihat perkara ini dengan serius kerana ini perkara ini mampu memudaratkan kesihata dan keselamatan penduduk.

WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.12 PM (1) WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.12 PM WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.13 PM (1) WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.13 PM WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.14 PM (1) WhatsApp Image 2017-04-21 at 3.53.14 PM

height=”200″ />