Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Sidang Media – Pusat Penyembelihan Ayam Halal Bersepadu DBKL – 17/2/2017
17 Feb 2017

Sidang Media – Pusat Penyembelihan Ayam Halal Bersepadu DBKL

PPIM, 17 Februari 2017 –“Jika perkara itu baik, tidak ada sebab untuk menangguhkannya”kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi dalam satu sidang media bersama NGO-NGO dan wakil komuniti di Kuala Lumpur International Hotel sebentar tadi.

Sidang media ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan ke atas projek Pembangunan Pusat Penyembelihan Ayam Halal Bersepadu DBKL yang akan dimajukan oleh Kementerian Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jika dilihat, Pasar Besar Selayang dan sesetengah kedai penyembelihan di sekitar kawasan tersebut kelihatan kotor dan tidak teratur serta tempat penyembelihan binatang yang boleh dikategorikan sebagai tempat penyembelihan yang tidak halal juga meragukan.

“Kita perlu ada sesuatu yang baik dalam kehidupan ini”  kata Toqqi.

Oleh itu, sewajarnya projek ini dijalankan secepat yang mungkin supaya ia memberi satu suasana persekitaran yang bersih serta produk yang halal.

Namun, ada sesetengah pihak yang membantah projek ini atas alasan menimbulkan kesesakan jalan raya.

“Kerajaan jangan mudah terkedu dengan bantahan dari pihak-pihak tertentu” katanya.

WhatsApp Image 2017-02-17 at 15.24.15 WhatsApp Image 2017-02-17 at 15.25.45 WhatsApp Image 2017-02-17 at 15.25.49 WhatsApp Image 2017-02-17 at 15.23.59