Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIJIL HALAL DITARIK BALIK, PENGGUNA PERLU BOIKOT – SIDANG MEDIA PPIM – 03/04/2024
04 Apr 2024

3 April 2024, Rabu – Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menggesa satu mekanisma diwujudkan bagi membolehkan peniaga dan pemain industri makanan membatalkan kontrak mereka dengan kilang Alagappas kerana gagal memenuhi syarat kontrak iaitu menyediakan produk yang halal untuk kegunaan dapur dan restoran.

Justeru, PPIM telah mengadakan satu sidang media menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memeriksa semua premis makanan yang mempunyai sijil halal untuk memastikan tidak ada produk yang diragui status halal digunakan dalam penyediaan makanan halal.

PPIM juga ingin menyeru kepada semua umat Islam yang bekerja dalam industri penyediaan makanan untuk menjadi mata dan telinga JAKIM dan melaporkan segera jika ada premis halal menggunakan produk yang tidak halal dan diragui.