Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM],Muhammad Yusuf Azmi berkata,kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku memandangkan nama Putrajaya pada hospital itu cukup gah dan amat dikenali di seluruh pelusuk dunia sebagai pusat pentadbiran Malaysia.
“Perkara [kecuaian] ini amat serius kerana melibatkan kematian.
“Kesilapan oleh pihak Hospital Putrajaya yang salah memberikan ubat sehingga tangan mangsa bengkak kehitaman dan bernanah tidak sepatutnya berlaku,”katanya kepada Kosmo!di sini semalam.