Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
[sim] KOMPLEN : Perkhidmatan Hong Leong Bank
18 Jan 2011

From: lily madom <lea_paulie@yahoo.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Fri, 14 Jan 2011 02:01:12 -0800 (PST)
Subject: [sim] KOMPLEN : Perkhidmatan Hong Leong Bank

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sudah posting luahan rasa ni dalam facebook. Tetapi saya sengaja cut n paste semula untuk bacaan warga dua grup yahoo ini yang mungkin tidak mempunyai akaun facebook supaya sama-sama mendapat iktibar daripada kejadian malang yang menimpa saya. Bayangkan… kesusahan yang terpaksa saya lalui selama 8 tahun apabila tidak ada satu Bank pun yang mahu meluluskan pinjaman terutama apabila saya hendak membantu emak ubah suai rumah, menyambung belajar, membeli kereta dan membeli hartanah gara-gara sikap sambil lewa mereka.

Awal cerita bermula dengan kisah aku membayar habis dua kad kredit Hong Leong Bank (HLB) sekitar tahun 2003. Tapi aku masih ingat aku menggunting kad kredit berkenaan di hadapan pegawai bank Hong Leong Taman Kinrara. Selepas dari itu aku selalu bermasalah apabila hendak membuat pinjaman. Aku beranggapan yang aku ni mungkin ccris sebab menjadi penjamin kawan. Sehinggalah semalam aku dan suami tergerak hati hendak menyemak status ccris kami di Bank Negara.

Terperanjat sungguh kami apabila mendapati nama aku disenaraikan di bawah Pemerhatian Khas. Apa salahku? Kenapa pulak nama aku di bawah pemerhatian khas sedangkan aku tak berhutang satu sen pun dengan HLB? Pegawai Bank Negara yang baik hati telah membantu aku mendapatkan nombor telefon HLB. Aku terus menelefon HLB berkenaan perkara ini dan pegawai yang menjawab telefon meminta aku menghubungi Credit Control Department.

Allah saja yang tahu betapa susahnya Department Credit Control HLB nak angkat phone. Sia-sia sejam menunggu talian asyik sibuk. Aku telefon semula HLB untuk mendapatkan alamat penuh. Bila tanya Credit Card Control Dept di mana ya, saya ingin dapatkan alamat penuh? Depa jawab PJ. Ya lah saya tahu PJ tapi apa nama jalan, lorong, sebelah bangunan apa.. PJ tu besar kan? Then barulah pengawai tu terhegeh-hegeh nak cari.

Disebabkan marah dan geram, aku terus mengajak suami meredah highway dari Bank Negara ke pejabat Credit Control Department di Seksyen 51A, PJ. Berjam-jam aku ronda keliling Seksyen 51A. Haram nak jumpa jalan. Minyak kereta isi RM30 pun hangus macam tu je. Sehinggalah aku terpaksa meminta bantuan kawan yang mempunyai internet di rumah.

Tiba di sana, aku diminta menunggu dalam bilik mesyuarat. Habis masa 20 minit menunggu. Selepas puas kami memberi isyarat mata kepada receptionist, barulah seorang pegawai terhegeh-hegeh datang.

Apabila aku meminta mereka membuat penjelasan sambil menunjukkan salinan ccris dari Bank Negara barulah mereka mengaku bahawa bank cawangan tak update dengan mereka mengenai hal ini. Habis itu mereka simply buat keputusan letakkan nama aku under Pemerhatian Khas? Kenapa tidak ada sesiapa pun menghubungi nombor telefon yang sudah aku gunakan sejak tahun 1997 sehingga sekarang atau pejabat yang aku bekerja sejak 15 tahun dulu sehingga sekarang?

Nombor telefon aku dan alamat pejabat aku ada pada mereka. Susahkah hendak bertanya khabar kepada aku? Kenapa letak nama aku under Pemerhatian Khas sedangkan balance aku dalam kad kredit tu kosong?

Then mereka kata ada charges yang tertunggak ..RM271. Aikk? Dari mana plak charges tu kalau time tutup kad tu depa siap2 dah calculate interest. Aku ingat lagi budak cina lelaki yang calculate interest masa nak tutup kad tu. Konon nak ambik hati aku, pegawai HLB suruh aku tulis nota ringkas kat borang sebagai bukti aku mintak waivekan charges yang tertunggak tu. Aku bukan buat nota tapi aku tulis satu perenggan ayat – 30 patah perkataan. Aku tidak bersalah tetapi mangsa! Aku tulis sampai tak cukup tempat kosong. Geram aku kerana HLB menyusahkan hidup aku selama 8 tahun!

Kesimpulannya.. tak payahla gunakan kad kredit lagi. So far hidup aku aman damai je selepas tak menggunakan kad kredit sejak tahun 2003. – lily madom