27/4/2017 – Malaysia Hari Ini (MHI) – Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan (Toqqi) ditemuramah oleh MHI berkenaan topik Skim Cepat Kaya : Masih Ada Yang Terpedaya.
Manusia kini semakin berpendidikan berbanding dengan mereka yang dilahirkan pada tahun 90-an. Telah banyak kempen-kenpen kesedaran bahayanya skim cepat kaya ini, namun masih ramai lagi yang terpedaya. Apakah puncanya?
Salah satunya adalah mereka mengambil jalan mudah dan cepat untuk memperolehi wang. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang akan berlaku walaupun telah banyak kes-kes penipuan terjadi di Malaysia.
Penipuan ini terjadi bukan dikalangan bangsa melayu sahaja. Malah, bangsa-bangsa lain juga ada yang terpedaya dengan skim cepat kaya ini.
Oleh itu, masyarakat hendaklah lebih prihatin dan berhati-hati dalam menyertai mana-mana skim terutamanya skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa melakukan apa-apa.