Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SKIM PENIPUAN KORBAN LUAR NEGARA, PPIM TERIMA BANYAK ADUAN – SUARA.TV – 07/08/2020
10 Aug 2020

Cyberjaya – Skim penipuan korban luar negara dikatakan telah lama berlaku dan kerajaan diminta untuk memantau bagi mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini menjadi mangsa.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi SuaraTV berkata pihaknya telah menerima banyak aduan mengenai isu tersebut.

“Isu yang melibatkan korban diluar negara ini bukan benda baru malah kami turut menerima banyak aduan mengenainya.

“Mereka meminta sumbangan (penyertaan) tapi kadang-kadang ia tidak sampai (korban tidak dilakukan), mungkin ada yang sampai tapi kita dimaklumkan banyak yang tidak sampai,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Nadzim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu yang dibangkitkan Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) yang menimbulkan keraguan banyak pihak.

Timbalan Presiden GTR, Nordin Mat sebelum ini meminta sebuah yayasan yang menganjurkan program seumpama itu untuk tampil membuat penjelasan.

Isu tersebut timbul apabila beberapa orang peserta mempertikaikan gambar korban mengunakan lembu yang sama untuk kumpulan peserta yang berbeza.

Ekoran kenyataan itu, pengajur program mengeluarkan surat tuntutan sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai berniat jahat.

Nordin kemudianya tampil membuat kenyataan balas dengan bersumpah akan terus membangkitkan isu tersebut walaupun terpaksa berdepan dengan sebaran tindakan undang-undang.

PPIM seterusnya menggesa kerajaan agar segera melakukan pemantauan berhubung isu ini bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku.

“Jadi kita harap di masa akan datang, kerajaan melantik JAKIM atau mana-mana badan kerajan untuk mengawal dan memantau program seumpana itu.

“Program korban luar negara ini sepatutnya ada kaedah kawalan, di daftarkan, mempunyai rekod yang jelas (kaedah perlaksanaan) bagi mengelakan penipuan.

“Benda ini kalau tiada pemantauan ia boleh mengalakkan penipuan serta memberi ruang untuk orang menipu ini yang kita risaukan,” tegasnya lagi.

Artikel oleh: Suara.TV

SKIM PENIPUAN KORBAN LUAR NEGARA, PPIM TERIMA BANYAK ADUAN

https://suara.tv/07/08/2020/skim-penipuan-korban-luar-negara-ppim-terima-banyak-aduan/