Pagi ini kami mendapat maklumat bahawa saudara Suradi Darius yang dipenjara kerana kegagalan membayar RM 150 baki bayaran kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (Atau dalam bahasa korporatnya MdI) telah ditimpa kemalangan kemungkinan langgar lari dalam perjalanannya pulang dari tempat kerja lebih kurang jam 8.30 malam semalam.
Mengikut laporan aktivis kami yang telah melawatnya, kedaannya masih koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Klang. Keadaan beliau agak parah kerana kecederaan di kepala, luka di dalam perut dan dada.
Ahli keluarganya melahirkan perasaan yang amat sedih kerana pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini. Kami juga sempat berinteraksi secara langsung bersama isteri beliau, Puan Rosnah melalui slot Klinik Pengguna di Radio 24 tengahari tadi.
Marilah kita bersama berdoa semoga keluarga ini terus sabar, tabah dan redha dengan ujian ini dan semoga Suradi sedar dari koma dan sembuh.