Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SUFI WEGO, LAKSA SUFI MAKIN LARIS – SINAR ONLINE – 2/7/16
04 Jul 2016

image (1)Syed Ahmad Zulkifli (kiri) bersama produk Sufi Wego dan Laksa Sufi selain beberapa produk keluaran Sufi Brand yang lain

KUALA TERENGGANU – Dua produk baharu keluaran Sufi Brand, iaitu Sufi Wego dan Laksa Sufi semakin mendapat tempat sejak dilancarkan sebulan lalu.

Laksa Sufi yang baru di pasaran kira-kira tiga minggu lalu kini terjual 5,000 bungkus.

Pengurus Pengedaran Bihun Sufi Brand Wilayah Timur, Syed Ahmad Zulkifli Syed Kassim berkata, sejak berada tujuh tahun di pasaran, Sufi Brand kini memiliki lima produk iaitu, Bihun Sufi 400 gram, Bihun Sufi Jumbo 2.5 kilogram, Sufi Mi, Sufi Wego dan Sufi Laksa.

Menurutnya, kedua-dua produk itu yang bukan sahaja berkualiti, malah kebersihan terjamin selain punyai dua sijil halal yang diiktiraf.

“Sufi Wego adalah minuman coklat yang mempunyai campuran barli dan juga campuran pelbagai jenis karbohidrat yang membekalkan tenaga dan khasiat yang diperlukan oleh badan setiap hari.

“Bagi yang tidak sempat bersarapan, pengambilan segelas Sufi Wego, bukan sahaja mengenyangkan, tetapi lebih bertenaga,” katanya.

Tambahnya, Sufi Wego mampu menjadi pilihan kepada pengguna yang menggemari minuman coklat.

Syed Ahmad Zulkifli berkata, pihaknya kini sedang giat mengadakan promosi di pasar raya bagi kedua-dua produk terbabit.

Katanya, Laksa Sufi pula mudah dan cepat untuk disediakan sebagai hidangan dengan berat 400 gram bagi satu pek.

“Cara penyediaan Sufi Laksa pula adalah rendam dalam air panas selama 20 minit, toskan dan bilas dengan air sejuk, seterusnya sedia dihidangkan dengan kuahnya,” katanya.

Di samping itu juga, produk keluaran syarikat ini mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Usahawan Halal Muslim Malaysia (PUHMM) selain berdaftar dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/sufi-wego-laksa-sufi-makin-laris-1.538498