- 1) Kategori Syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, ‘Trading’ Enterprise yang mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa:
Kaedah 1 – Modal Kerja: (Aset Semasa-Liabiliti Semasa) x peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus (kadar zakat)
- 2) Kategori Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang mana tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.
Kaedah 2 – Modal Berkembang (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap) x peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus (kadar zakat)
- Kaedah seterusnya adalah pengiraan khusus bagi jenis perniagaan yang tiada akaun/penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman serta lain-lain perniagaan berkaitan.
Kaedah ini mengambil kira semua hasil/jualan/pendapatan setahun ditolak segala kos/perbelanjaan setahun yang ditanggung.
Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus (bersamaan atau melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah ditolak segala kos/perbelanjaan.
Contohnya seperti berikut:
A) Hasil/Jualan/Pendapatan:
RM300 sehari x 5 hari berniaga = RM 1,500 seminggu
RM1,500 x 4 minggu = RM6,000 sebulan
RM6,000 x 12 bulan = RM72,000 setahun
B) Tolak : Belanja/Kos Setahun (RM10,000)
C) Keuntungan Bersih Setahun (A-B) RM72,000 – RM10,000 = RM62,000
D) Kadar Zakat 2.5 peratus
E) Zakat Perniagaan (C X D) RM1,550