Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TARIF ELEKTRIK NAIK, SEBABKAN HARGA BARANG NAIK, RAKYAT TERBEBAN – UTUSAN MALAYSIA – 3/7/18
04 Jul 2018

3-01

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kenaikan bersih tarif elektrik seperti yang diumumkan kerajaan dilihat akan menyebabkan harga barang meningkat sekali gus membebankan rakyat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan kerajaan berhubung kenaikan itu dilihat tidak sesuai dilaksanakan sekarang memandangkan rakyat ketika ini sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang walaupun kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan pada 1 Jun lalu.

“Sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah untuk menurunkan harga barang terlebih dahulu selepas kadar GST disifarkan supaya tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat dapat dikurangkan.

“Kita berharap kerajaan akan mengkaji semula mekanisme yang sesuai untuk menyerap kenaikan bersih tarif elektrik ini dengan melakukan perbincangan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran gerai lemang sukarelawan PPIM di Ukay Boulevard, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

TARIF ELEKTRIK NAIK, SEBABKAN HARGA BARANG NAIK, RAKYAT TERBEBAN

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tarif-elektrik-naik-sebabkan-harga-barang-naik-rakyat-terbeban-1.701864#ixzz5KHCmutbt