Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pengimport gula berpangkalan di Puchong, Selangor mendakwa mampu menawarkan harga gula serendah RM1.90 sekilogram berbanding harga pasaran RM2.95 sekilogram sekali gus membantu pengguna menangani kos sara hidup.
Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd Datuk Ali Hasan berkata, ia dapat dilakukan sekiranya liberalisasi Permit Import (AP) dilaksanakan kerajaan sekali gus mengelak monopoli pihak tertentu sehingga mempengaruhi harga gula.
“Harga ditetapkan kerajaan RM2.95 sekilogram, jadi pengguna jimat RM1,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Ketua Koodinator Majlis Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar.
Ali berkata, bagaimanapun pada masa sama syarikatnya terpaksa membayar RM1 juta bagi AP untuk mengimport 20,000 tan metrik gula setahun dan tidak dapat menjual gula pada harga rendah.
Artikel Oleh : Metro
TAWAR HARGA GULA SERENDAH RM1.90 SEKILOGRAM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/352181/tawar-harga-gula-serendah-rm190-sekilogram