Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘TAYANGAN FILEM MAT KILAU: KEBANGKITAN PAHLAWAN TEPAT PADA MASANYA’ – PPIM – UMMAH TODAY – 07/07/2022
07 Jul 2022

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius isu perpecahan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia terutama ketika negara menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran masa kini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi dalam satu kenyataan memuji karya terbaru Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mendorong masyarakat bangkit bersama dan bersuara menentang segala jenis cubaan yang mencetuskan perpecahan di kalangan kaum seluruh rakyat Malaysia.

“Tayangan filem Mat Kilau adalah tepat pada masanya, tarikan aura daripada filem hasil sentuhan pengarah muda Syamsul Yusof berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia untuk menonton dan mendalami jalan cerita yang menarik.

“Tidak kira apa kaum, bangsa atau agama di negara ini, seluruh rakyat Malaysia boleh mengambil iktibar dari cerita yang diketengahkan di dalam filem Mat Kilau,” katanya.

Tambahnya lagi, sungguhpun filem tersebut bukanlah sebuah dokumentari sejarah namun kisah yang dihidangkan untuk penonton cukup membangkitkan semangat cintakan negara, bangsa dan agama.

Menurutnya, dengan penghasilan karya kreatif seperti Mat Kilau, penggiat seni tanah air mampu berkongsi pengajaran dari kejadian sejarah untuk tatapan penonton sesuai dengan perubahan zaman.

Dalam pada itu, Nadzim turut mengambil kesempatan untuk menyeru pihak kerajaan agar menggalakkan pembikinan filem yang dapat membina semangat dan kesedaran yang mampu membuka minda ke arah perpaduan dan patriotisme.

“Kita perlu lebih ramai anak muda seperti Syamsul untuk sama-sama menaikkan industri perfileman yang menjadi antara aset dan platform menaikkan semangat patriotik, cintakan negara dan bangsa,” katanya.

Artikel oleh: Ummah Today

‘TAYANGAN FILEM MAT KILAU: KEBANGKITAN PAHLAWAN TEPAT PADA MASANYA’ – PPIM

https://ummahtoday.com.my/tayangan-filem-mat-kilau-kebangkitan-pahlawan-tepat-pada-masanya-ppim/