Kerajaan digesa memperkenalkan kurikulum bersesuaian di institusi pengajian tinggi swasta dalam usaha mengekang elemen radikalisme dalam kalangan mahasiswa negara ini.
Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia ( AMIM ) Yusuf Azmi berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas mengenai kebimbangan ibu bapa susulan isu Universiti Islam Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) seperti disiarkan di Harian Metro,16 Disember lalu.
” Katanya rata-rata mahukan kerajaan meneliti sebaik-baiknya isi kandungan pengajaran di universiti kerana ia adalah ruang anak muda menimba ilmu dan membentuk kecenderungan terhadap situasi semasa dunia ketika ini.