Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Temubual Bersama Crew Rancangan SIS TV9: Isu Pencuri Digital – PPIM – 23/2/2017
23 Feb 2017

Dunia dihujung jari. Itu perumpamaan yang boleh digambarkan untuk zaman sekarang.

Dengan aplikasi dan gajet-gajet yang semakin hari semakin canggih ini. Pengguna sering tertipu dengan pencuri atau penipu alam maya ini.

Terdapat pelbagai tektik penipuan yang digunakan oleh mereka seperti:

Penyamaran. Mereka menyamar sebagai seorang pengutip dana kemanusiaan dari  syarikat tertentu. Kutipan yang diterima adalah untuk kegunaan peribadi mereka sendiri.

Pengodam. Pengodam atau hackers akan mencuri data dari sistem penyimpanan seperti Instagram, facebook dan pelbagai lagi. Informasi yang dicuri boleh digunakan untuk memeras ugut, mengaibkan mangsa dan banyak lagi.

Penipuan online. Ini sering berlaku dalam transaksi jual beli secara talian. Penjual menerima duid dari pelanggan atas persetujuan untuk menjual sesuatu barang itu tetapi pembeli tidak mendapat barang tersebut.

Nasihat kepada para pengguna supaya berwaspada dengan pembelian secara atas talian. Pastikan maklumat penjual dengan betul terlebih dahulu.

WhatsApp Image 2017-02-23 at 12.00.20