Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TERKINI : PPIM GESA TUBUH “JAWATANKUASA KONTRAKTOR ASING TAK BAYAR GAJI” – DATUK NADZIM JOHAN – MALAYSIA GAZETTE TV – 31/10/2019
01 Nov 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa mewujudkan satu jawatankuasa bagi menangani projek pembangunan oleh kontraktor bermasalah.

Ketua Aktivis Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ia bagi memastikan kontraktor binaan tidak meneruskan projek pembangunan sekiranya wujud pengabaian kebajikan pekerja termasuk culas membayar gaji.

Ia susulan daripada sikap lepas tangan sebuah syarikat kontraktor dari China yang didakwa masih gagal menjelaskan bayaran kerja-kerja pembinaan termasuk gaji pekerja sebuah kondominium mewah di sini sejak empat bulan lalu.

“Kebelakangan ini terdapat banyak aduan sama ada kontraktor utama mahupun kecil yang tidak mendapat bayaran kerja-kerja pembinaan.

Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

TERKINI : PPIM GESA TUBUH “JAWATANKUASA KONTRAKTOR ASING TAK BAYAR GAJI” – DATUK NADZIM JOHAN

https://www.youtube.com/watch?v=W9NxUtyD6U8