Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Tetap perjuang isu pengguna – Harian Metro Online – 6/5/2017
08 May 2017

Kuala Lumpur: “Saya akan terus memperjuangkan isu pengguna ini selama yang boleh. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kepentingan umum.

“Doakan kesihatan saya dan rakan-rakan. Insya-Allah usaha ini akan berterusan,” kata Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) Yusuf Azmi.

Katanya, sebagai seorang aktivis, dia sentiasa bersedia dengan apa juga cabaran termasuk penyakit misteri yang dialaminya sejak setahun lalu.

Menurutnya, keadaan itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk membantu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelesaikan pelbagai isu kepenggunaan yang diterima.

“Memang saya diuji dengan penyakit misteri, sampai sekarang masih berubat dengan pengamal perubatan Islam.

“Doakan segala urusan dipermudahkan. Saya harap berkat ibadat umrah ini, kami terus diberikan kekuatan untuk membantu masyarakat,” katanya yang juga Penyelaras Briged Pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:06 PM
20170506 - Harian Metro Online - Aktiviti - Tetap perjuang isu pengguna
Sumber Dari : http://www.hmetro.com.my/node/227253