PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) — Kementerian Luar menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa beberapa rakyat Malaysia telah diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing di negara ini.
Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra bagaimanapun berkata setakat ini, tiada laporan dikemukakan kepada kementerian atau kepada Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal perwakilan asing di Malaysia.
Kenyataan itu menyatakan bahawa Wisma Putra memandang serius dakwaan gangguan seksual itu terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1363353