Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TIADA PAMPASAN SEPERTI DIJANJIKAN – BAPA MANGSA VAKSIN – WACANAKINI – 05/03/2022
05 Mar 2022

KUALA LUMPUR : Bapa kepada dua remaja yang meninggal dipercayai selepas menerima dos kedua vaksin Sinovac pada 18 Ogos tahun lalu, mendakwa tidak menerima pampasan seperti dijanjikan sebelum ini.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Muhammad Shah Rovinderjit menceritakan kembali dua anaknya iaitu
Putri Nur Rabiatul Nabihah, 21, dan anak angkatnya Nurul Airawani Nazira, 24, meninggal tepat selepas dua minggu menerima dos kedua vaksin berkenaan.

“Arwah Putri Nur Rabiatul mendakwa dadanya terlalu sakit seperti dicucuk, meninggal setelah tiba di hospital.

“Arwah Nurul Airawani meninggal di hadapan rumah sebelum dibawa ke hospital.

“Saya merasa aneh melihat jenazah anak saya, Putri Nur yang wajahnya keluar darah dan ada kesan surgeri di kepalanya, sedangkan hospital memaklumkan kematian akibat Covid-19 dan tidak membuat surgeri.

“Ketika arwah disahkan meninggal, saya buat permintaan untuk lihat jasadnya tetapi tidak dibenarkan kerana SOP. SOP sebegini beri peluang kepada salah guna kuasa dan penganiayaan kepada rakyat apabila hak kami untuk lihat jasad anak sendiri pun tak boleh.

“Saya minta laporan post mortem juga tidak diberi. Kementerian Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin juga diam sehingga hari ini.

“Malah pampasan yang dijanjikan juga tiada sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Bantahan Akta 342 yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama 200 NGO Bersekutu di sini semalam.

Kerajaan terdahulu meluluskan bantuan khas kewangan kesan mudarat COVID-19 kepada warga tempatan dan asing sekiranya mereka menerima kesan sampingan selepas menerima vaksin.

Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius sehingga memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.

Artikel oleh: Wacanakini

TIADA PAMPASAN SEPERTI DIJANJIKAN – BAPA MANGSA VAKSIN

https://www.wacanakini.com/2022/03/tiada-pampasan-seperti-dijanjikan-bapa-mangsa-vaksin/