Perasaan rakyat Malaysia sekali lagi diguris atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu apabila melakukan penghinaan terhadap Jalur Gemilang.
Perbuatan memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang seolah-olah sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk membangkit kemarahan rakyat Malaysia apatah lagi ketika lagu Negaraku dimainkan.
Walaupun pihak Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) sudah membuat permohonan maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan tersebut, namun tindakan sewajarnya harus diambil supaya perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan.
Telah berlangsung, satu sidang media PPIM bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dan beberapa NGO lain untuk mendesak pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada pelaku.