Global Relief Team (GRT), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Masjid Wilayah dan OKU Sentral melancarkan Kempen CODE RED di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kempen terbabit adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu haid, memartabatkan wanita dan memperkukuhkan kesihatan mental dalam masyarakat.
Pelancaran kempen terbabit disempurnakan Timbalan Menteri dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua Aktivis dan Pengerusi PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan serta Pengasas Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Datuk Mohd Chan.
Manakala sesi perkongsian pula dilakukan Senator (B), Pengasas OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi, Pensyarah Kanan Sosiologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Fatimah Al Attas dan Felo Penyelidik Kanan Dalam Kesihatan Global, Universiti City St George, London, Dr Farah Seedat.
Dalam ucapannya, Dr Noraini berkata masalah kemiskinan haid dapat dibahagikan kepada tiga peringkat utama.
Menurutnya, pertama ialah kos produk berkaitan haid yangmenjadi halangan besar bagi ramai wanita dan remaja perempuan akibat kekangan kewangan.
“Mereka tidak mampu membeli produk asas seperti tuala wanita atautampon, yang membawa kepada ketidaksesuaian penjagaan kebersihan diri. “Kedua, kekurangan pendidikandan kesedaran, di mana ramai yang tidak mendapat maklumat tepat tentang penjagaan kebersihan semasa haid, sekali gusmeningkatkan risiko terhadap kesihatan mereka.
“Manakala ketiga, malu, stigma, dan pantang larang, yang menyebabkanwanita berasa terasing dan enggan berbicara tentang keperluan mereka kerana sikap negatif masyarakat terhadap isu haid.
“Maka, adalah menjadi harapan saya untuk Kempen CODERED ini mampu memberi pendidikan tentang kepentingan penjagaan kebersihan haid,” katanya.
Selain itu, bagi menghapuskan stigma sedia ada hari ini melalui dialog terbuka dan inklusif serta memastikan akses kepada produk kebersihan haid untuk golongan yang memerlukan.
Sementara itu menurut satu kenyataan GRT, kempen itu turut mendorong penyediaan platform untuk berkongsi pengalaman tanpa rasa malu dan meningkatkan akses kepada kaunseling serta sokongan psikologi.
Kempen berkenaan juga adalah gerakan untuk perubahan dengan sokongan daripada masyarakat, sektor kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NG0).
“Ia juga bertujuan untuk membina masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan bermaruah.
“Menerusi kesedaran, pendidikan dan tindakan kolektif, kempen ini diyakini dapat mencapai matlamat untuk memperkasakan wanita dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan,” katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
TINGKAT KESEDARAN ISU HAID
https://www.hmetro.com.my/WM/2025/01/1180900/tingkat-kesedaran-isu-haid