TIPU PAKEJ PERCUTIAN, ANAK-ANAK OKU ANTARA YANG TERKANDAS
Impian untuk melancong ke Jeju Island, Korea bagi anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Program Pendidikan Khas Integrasi, Penang hanya tinggal harapan kosong apabila syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian murah terbabit secara tiba-tiba membatalkan perjalanan yang diimpikan mereka sekian lama.
Mereka yang terdiri daripada anak-anak autism, lembam dan ‘hyperactive’ ini merupakan antara 38 kumpulan pengadu yang menanggung kerugian hampir RM400,000.