Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak henti menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuklah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak memerangi sindiket perjudian online selepas ia didapati beroperasi semula.
Ternyata ianya membuahkan hasil apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kegiatan tidak bermoral ini bakal dihapuskan sepenuhnya, dalam ucapan di satu majlis semalam.
Semua Ketua Polis Negeri di seluruh negeri telah diarahkan berkenaan perkara ini dan beliau turut menegaskan supaya semua anggota polis mematuhinya.
Dalam pada itu, admin berpendapat masyarakat umum juga perlu menyokong dan membantu langkah membenteras ini yang menyumbang kemudaratan kepada masyarakat dan negara.
Selain itu, kegiatan ini sejak awal lagi dihapuskan kerana tiada agama atau budaya yang membenarkan perkara itu dibiarkan berleluasa hingga menyebabkan segelintir individu ketagihan.
Ketagihan berjudi boleh menyebabkan ramai orang Islam terpesong dari akidah dan juga mengakibatkan kadar jenayah di Malaysia meningkat dari semasa ke semasa.
Diharap langkah membanteras ini sentiasa berterusan dan tidak berhenti separuh jalan.